Kepercayaan mengenai hantu roh atau semangat Hantu

Lihat juga hantu dalam masyarakat Melayu.

Hantu seringkali digambarkan sebesar dan berbentuk manusia (walaupun sesetengah gambaran menyebut hantu haiwan), tetapi biasanya digambarkan sebagai "berkilauan", "berbayang", "lutsinar", "seperti kabus", atau seumpamanya. Hantu tidak mempunyai tubuh kasar seperti manusia, hanya bayangan badan (astral body). Kadangkala ia tidak dapat dilihat tetapi dalam fenomena lain seperti pergerakan objek, lampu terpasang atau tertutup dengan sendiri, bunyi, dll, tidak terdapat penjelasan yang logik.

Di Barat, mereka yang mempercayai hantu kadang-kala menganggap mereka sebagai roh yang tidak aman selepas mati, dan dengan itu berkeliaran di Bumi. Ketidakupayaan mendapat keamanan dijelaskan sebagai ada pekerjaan yang belum selesai, seperti mangsa yang mencari keadilan atau dendam selepas mati. Penjenayah, kadang-kala berlegar untuk mengelak Purgatori atau Neraka. Kadang-kala hantu dikatakan berada di awang-awangan, tempat, menurut doktorin Khatolik bukan ortodoks, antara Syurga dan Neraka di mana roh bayi yang tidak dibaptiskan tinggal. Penting diketahui bahawa walaupun Protestan dan Kristian Evangelikal aliran utama percaya kewujudan hantu secara prinsip (principalities), mereka tidak mempercayai hantu (sebagai semangat orang mati) dan meletakkan hantu ganas, seperti poltergeist, kepada tindakan jembalang, sama seperti Islam. Dalam Kristian Anglikan dan Katolik (dan Spiritualisme Kristian), mempercayai hantu adalah diterima dan boleh dibincang dengan paderi (clergy).

Dalam kebudayaan Asia (seperti di China), ramai orang mempercayai akan kelahiran semula (reincarnation). Hantu merupakan roh yang enggan "dikitar semula" kerana mereka mempunyai perkara yang belum selesai, sama seperti di Barat. Exorcist boleh membantu menghalau atau mengitar semula hantu (reincarnated). Dalam tradisi Cina, selain dilahirkan semula, hantu boleh menjadi kekal (immortal) dan menjadi separa dewa (demigod), atau ia boleh pergi ke neraka dan menderita kekal selamanya, atau ia boleh mati sekali lagi dan menjadi "hantu kepada hantu". Orang Cina juga percaya bahawa sesetengah hantu, terutamanya mereka yang mati lemas, membunuh manusia bagi menghalang mereka daripada hak dilahirkan semula. Mangsa "pembunuh" paranormal dikenali sebagai ti4si2gui3 (替死鬼), iaitu bagi Cina sama seperti kambing hitam.

Dalam agama Hindu, hantu dikenali sebagai asura yang sering digambarkan dalam epik Ramayana dan Mahabarata dan tiada penerangan khusus tentang kewujudannya dalam buku Garuda Purana.

Kedua-dua masyarakat Timur dan Barat berkongsi dasar yang sama mengenai hantu. Hantu merayau-rayau sekitar tempat yang mereka sering pergi semasa hidup atau tempat mereka meninggal. Tempat sedemikian dikenali sebagai "rumah berhantu"; kitaran yang mereka lakukan dikenali sebagai "penghantuan". Mereka seringkali mengenakan pakaian yang mereka sering pakai semasa hidup.

Samsara Buddhist memasukkan konsep alam hantu lapar. Makhluk yang dapat merasa dalam alam tersebut dirujuk sebagai Hantu Lapar kerana ikatan mereka kepada dunia ini. Asura juga dirujuk sebagai "hantu bergaduh".